Adakah anda mahu menjadi kaya? Sesetengah dari kita mahu menjadi kaya. Ada juga yang memilih untuk hidup sederhana. Tidak kiralah apa matlamat anda, yang pasti, setiap seorang antara kita memiliki satu niat yang sama, iaitu mahu berjaya.
Berjaya tidak semestinya dengan memiliki harta yang banyak.
Orang yang hidupnya sederhana juga boleh berjaya. Kekayaan bukanlah ukuran
kejayaan seseorang. Dan bukan juga ukuran kebahagiaan seseorang. Kerana ramai
juga orang kaya yang hidupnya tidak tenang dan stress.
Namun setiap orang yang bermatlamatkan kejayaan ini,
mempunyai beberapa tabiat yang lebih kurang sama. Anda bacalah macam macam
jenis buku di luar sana, sama ada buku motivasi atau buku biografi, kebanyakan
mereka yang berjaya memiliki tabiat yang serupa.
Berikut saya kongsikan beberapa contoh tabiat dan rutin
harian orang orang berjaya yang wajar anda contohi jika ingin mengecapi
kejayaaan.
SUKA MEMBACA
Ya benar. Kebanyakan orang yang berjaya sangat meminati
membaca. Sama ada membaca buku, membaca artikel, membaca journal atau segala
jenis bahan bacaan yang memberi manfaat. Bukan baca komik atau majalah remaja
ya.
Semakin banyak anda membaca, semakin banyak ilmu yang anda
perolehi. Malah lebih banyak perkara yang anda boleh terokai. Sebenarnya, makin
banyak anda membaca juga, anda akan sedar betapa banyaknya perkara yang anda
tidak tahu.
Ini mendorong anda untuk terus meneroka dan menambah ilmu.
Ilmu ini sangatlah luas dan tidak akan habis. Oleh sebab itu lah orang orang
berjaya ini sentiasa membaca buku walaupun mereka sudah tua. Ini kerana
pembelajaran tidak akan habis dan memakan masa seumur hidup.
MENJAGA MASA
Pernah dengar ungkapan masa itu emas? Ya masa itu sangatlah
berharga. Sehinggakan surah berkenaan masa juga turut diabadikan di dalam Al
Quran. Orang orang yang menghargai masa ini sangatlah beruntung dan jauh sekali
dari rugi.
Setiap detik masa itu bernilai, jika anda menghabiskan masa
dengan perkara perkara yang tidak berfaedah dan tidak productive, amatlah rugi
sekali.
Apa kata ubah rutin harian anda kepada perkara perkara
positif. Mulakan dengan minat membaca buku. Kemudian isi dengan pekerjaan yang
produktif. Jauhi aktiviti seperti melepak, berhibur, makan berlebihan dan
sebagainya. Sekali sekala tidak mengapa, tetapi jangan jadikan sebagai rutin
harian.
BERANI MENGAMBIL RISIKO
Setiap orang yang berjaya akan berani mengambil risiko.
Sebagai contoh, orang orang yang memulakan perniagaan, mereka melaburkan
sejumlah wang tunai yang ada untuk memulakan perniagaan. Ada kemungkinan
perniagaan mereka akan rugi walaupun yakin macam mana sekalipun dengan model
bisnes yang dibentangkan. Ini kerana dalam bisnes, macam macam boleh berlaku
dan tak boleh dijangka.
Namun mereka bukan orang biasa biasa. Untuk berjaya
selangkah ke hadapan, akan melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Yang penting
memiliki mental dan fizikal yang kuat untuk menghadapi satu per satu ujian. Bagi
mereka, setiap kesilapan yang mereka lakukan merupakan satu pengajaran untuk
tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara tidak langsung, dana yang
mereka rugi kerana kegagalan perniagaan itu, dilaburkan untuk ilmu kehidupan.
Namun orang yang berjaya, pasti tahu bila masa untuk bangkit
dari kejatuhan. Tidak mengapa untuk jatuh sekali sekala, tetapi perlunya untuk
bangkit Kembali sesegera mungkin.
CIRCLE YANG POSITIF
Persekitaran juga memainkan peranan yang sangat besar. Jika
di sekeliling anda merupakan orang orang jahat, maka kecenderungan untuk anda
menjadi jahat juga sangat tinggi kerana tingginya pengaruh persekitaran
tersebut.
Jika anda mahu menjadi orang kaya, maka kelilingi diri anda
dengan orang orang kaya. Jika anda mahu menjadi orang yang soleh, kelilingi
diri anda dengan berkawan dengan orang orang yang soleh. Kerana pengaruh
daripada mereka sedikit sebanyak akan memberi impak terhadap kehidupan anda.
Jauhi kawan kawan yang toksik dan mulalah mencari kawan
kawan yang positif. Apabila anda dikelilingi orang orang yang positif, anda
akan perasan hidup anda mula berubah secara perlahan lahan. Kalau tak percaya,
boleh cuba lah.
Sebenarnya ada banyak tabiat orang orang yang berjaya ini
dan tidak cukup untuk dimuatkan dalam satu artikel. Jika ada kesempatan lain,
saya akan berkongsi lagi. Terima kasih buat pembaca setia.



Comments
Post a Comment