Bilakah waktu yang sesuai untuk ambil polisi takaful? Sebenarnya polisi takaful perlu diambil sejak bulan pertama lagi anda mula bekerja. Nasihat ini ditujukan khas untuk fresh grad yang baru tamat belajar dan mendapat kerja yang pertama. Ini antara strategi celik kewangan yang berkesan dan salah satunya perlu memiliki polisi takaful.
Tidak dinafikan, ramai golongan muda yang baru mendapat
kerja, terus mahu memiliki kereta. Tidak salah jika kereta tersebut merupakan
keperluan anda buat masa sekarang. Tetapi yang menjadi masalah ialah ramai yang
membeli kereta melebihi kemampuan dan bukan keperluan pun.
Ini belum masuk lagi bab berbelanja barangan harian. Adakah
kita merekod setiap transaksi perbelanjaan harian kita atau kita main sebat
sahaja? Perancangan kewangan tidak ada, inilah antara sebab kenapa ramai
golongan muda tidak ambil tahu menahu pun dengan takaful ni.
Jadi kenapakah pentingnya memiliki polisi takaful dengan
kadar segera? Kenapa tidak boleh bertangguh untuk memiliki polisi takaful?
Berikut antara sebab sebabnya.
HARGA MENGIKUT USIA
Tahukah anda, jika anda masih di usia muda, bayaran bulanan
anda untuk polisi takaful ini murah berbanding mereka yang lebih berusia. Orang
yang mengambil polisi takaful Ketika berusia 20 tahun tidak sama dengan orang
yang mengambil polisi takaful Ketika berusia 30 tahun.
Oleh sebab itulah perunding takaful sering menasihati
golongan muda untuk segera mengambil takaful kerana jika ditangguh Tangguh,
harganya sudah pun berbeza.
Tambahan pula, orang muda lebih kurang risikonya untuk
mendapat penyakit berbanding dengan orang yang sudah berusia. Jadi sangat
sesuai untuk kita mengambil polisi takaful seawall mungkin.
TEMPOH MENUNGGU
Setiap polisi takaful memiliki tempoh menunggu sebelum apa
apa tuntutan berkaitan kemalangan atau penyakit. Jika anda sudah mengambil
polisi takaful lebih awal Ketika anda masih muda dan sihat, sekurang kurangnya
anda sudah melepasi tempoh menunggu atau kita panggil tempoh matang.
Orang yang sudah berusia ada risiko yang lebih tinggi untuk
mendapat sakit. Dikhuatiri tempoh matang belum dicapai, tetapi sudah mendapat
sakit pula.
Oleh itu, periksa Kembali polisi takaful yang disediakan dan
ambil lah dengan kadar yang segera dan jangan Tangguh Tangguh lagi.
PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF
Ketika kita masih muda, kita masih sihat dan bertenaga.
Risiko untuk mendapat penyakit penyakit kritikal juga masih rendah. Kita lebih
terbuka untuk memilih polisi takaful mengikut kesesuaian kita dan mengikut
bajet kita. Jika saban tahun gaji kita makin meningkat, boleh perluaskan lagi
perlindungan kita.
Namun bagi orang orang yang sudah berusia dan berisiko
tinggi untuk mendapat penyakit, dikhuatiri perlindungan yang mahu dipohon agak
susah berbanding orang orang muda. Kemungkinan ada sesetengah penyakit yang
tidak boleh dimasukkan ke dalam polisi takaful.
Sekali lagi, ambil lah polisi takaful Ketika kita masih lagi
muda dan sihat bertenaga sebelum terlambat ya!
SEDIAKAN PAYUNG GERGASI SEBELUM HUJAN GERIMIS
Ini peribahasa rekaan sendiri, jangan tiru aksi ini. Point penting
di sini ialah sediakan payung sebelum hujan bermaksud kita perlu bersedia
dengan apa apa kemungkinan. Kita sendiri tidak tahu bila kita akan dilanda
musibah, kemalangan dan sebagainya.
Menyediakan perlindungan yang komprehensif dan bersedia
dengan faktor faktor yang tersebut mampu melindungi status kesihatan kewangan
kita kelak. Duit simpanan kita pun tidak terusik, malah mendapat perlindungan
yang secukupnya daripada penyedia takaful. Dengan izin Allah, kita sentiasa
berdoa supaya dilindungi daripada segala apa musibah dan penyakit. Ini
sebahagian ikhtiar sahaja.
Hidup di zaman sekarang ini, macam macam risiko timbul. Gaya
pemakanan pun memberi kesan kepada kesihatan kita. Gaya hidup, tekanan di
tempat kerja dan sebagainya. Semua ini tidak boleh elak.
Jika terlalu bergantung dengan medical benefit daripada
syarikat kita bekerja pun, kita tidak tahu sampai bila kita akan bekerja. Jika
diberhentikan sebab pandemik, lagi lah susah. Kita sendiri tak jangka dengan
musibah seperti pandemik akan melanda.
Jadi oleh sebab itulah, pentingnya untuk menyediakan payung
sebelum hujan. Lebih bagus lagi, payung gergasi terus sebelum hujan walaupun
masih gerimis.



Comments
Post a Comment