Kenapa orang kaya suka simpan emas



Sejak zaman berzaman, manusia telah menggunakan emas untuk pelbagai tujuan. Zaman dahulu lebih kepada menggunakan emas sebagai matawang utama dalam urusan perdagangan. Hari ini, emas lebih dilihat sebagai asset untuk tujuan pelaburan.

Ini menunjukkan emas akan terus kekal sebagai asset terbaik sepanjang zaman dan anda harus mengambil peluang ini.

Emas apabila diukur prestasi harganya sejak bertahun tahun dahulu, sentiasa menunjukkan trend kenaikan. Ini menunjukkan emas sentiasa ada permintaan dan menjadi pelindung kepada nilai harta kekayaan anda Ketika ini.

Berikut dikongsikan antara beberapa sebab kenapa pelaburan emas merupakan pelaburan yang terbaik dan anda patut menyimpan emas.

KALIS INFLASI

Jika harga nasi lemak dahulu RM1, hari ini sangat susah untuk kita jumpa nasi lemak RM1. Rata ratanya berharga RM2 dan ke atas. Setiap tahun dan setiap negara di dunia akan mengalami inflasi di mana kuasa membeli semakin berkurang.

Namun emas masih bertahan dan kalis dengan inflasi ini. Nilainya masih utuh. Sebab itulah jika kita perasan, setiap kali berlakunya krisis ekonomi, permintaan terhadap emas terus mencanak naik. Kerana orang tahu nilai emas boleh bertahan tatkala krisis ekonomi berlaku.

ASET YANG MAMPU MILIK

Emas merupakan komoditi yang mampu milik. Harga emas 1 gram pun hanya beberapa ratus sahaja. Dan saban tahun harga ini akan terus meningkat. Emas lebih sesuai untuk dibuat pelaburan dalam jangka masa Panjang kerana trend kenaikannya dalam tempoh bertahun tahun.

Ketika orang ramai tidak mampu memiliki asset yang mahal seperti hartanah, emas hadir sebagai asset yang mampu dibeli oleh setiap lapisan masyarakat. Apa kata tukar tunai anda setiap bulan dalam bentuk emas pula. Jika simpan duit setiap bulan dalam wang kertas, nanti makan inflasi pula.



DANA KECEMASAN

Hidup kita tidak akan lari daripada hal hal kecemasan. Persoalannya, adakah kita sudah mempunyai simpanan atau tabung kecemasan yang cukup? Sebagai rule of thumb, simpanan kecemasan perlu ada sekurang kurangnya 3 bulan gaji.

Ini bermakna jika gaji anda RM2000 sebulan, masa tabung kecemasan anda perlu ada RM6000. Apa kata tukarkan tabung kecemasan anda ini dalam bentuk emas pula. Asset logam ini juga sangat bernilai dan boleh dipajak gadai di mana mana cawangan ar-Rahnu.

Kebanyakan negara negara kuasa besar dunia juga turut melabur dalam emas sebagai benteng terakhir ekonomi mereka. Mereka sentiasa menambah gold reserve mereka sebagai persediaan menghadapi krisis ekonomi dunia yang sentiasa akan melanda dalam beberapa tahun mendatang.

MATLAMAT UNTUK JADI KAYA

Kebiasaannya, apabila kita simpan duit dalam bentuk tunai, pasti akan terguna juga duit tu secara tidak sengaja. Kerana duit tunai yang disimpan sangat fragile dan bila bila masa boleh diambil jika kita seorang yang tidak berdisiplin.

Namun jika kita menyimpan emas, kita perlu menjual pula emas kita kalau nak tunai. Apa kata kita simpan emas dan lupakan simpanan kita. Mungkin boleh disimpan dalam safety security box. Dalam masa yang sama, kita turut diajar untuk hidup secara sederhana kerana wang tunai kita yang limited akan membuatkan kita rasa untuk berjimat cermat.

Cuba kaedah ini selama bertahun tahun, anda pasti akan terkejut dengan betapa banyaknya simpanan emas anda dan betapa banyak nilainya apabila dikira balik. Emas merupakan magnet kekayaan.



EMAS UNTUK ORANG YANG BERIMPIAN

Jika anda mahu berkahwin, emas boleh dijadikan mas kahwin atau hantaran. Simpan emas anda setiap bulan menjelang hari perkahwinan. Jumlahnya pasti cukup untuk anda melangsungkan hari Bahagia anda Bersama pasangan anda.

Nak melaksanakan umrah juga boleh menggunakan simpanan emas anda. Bayangkan anda sudah menyimpan emas selama bertahun tahun, apabila dikira balik jumlah simpanan emas anda, sudah cukup untuk melaksanakan umrah.

Mahu membiayai kos Pendidikan anak anak masuk universiti? Jika anda simpan emas setiap bulan sejak anak anak anda baru dilahirkan lagi, anda pasti terkejut dengan jumlah emas yang anda simpan selama 18 tahun. Sudah tidak perlu meminjam lagi dengan PTPTN. Kalau anak anak cemerlang dan dapat biasiswa, itu satu bonus!

Jadi, menyimpanlah dengan emas. Kerana emas sentiasa kekal berharga dan tak lapuk dek zaman. Nilainya sentiasa bertambah dan kekal relevan sepanjang zaman.

Comments