Hidup kini kian mencabar. Ekonomi ada naik dan turunnya. Dunia pula dilanda wabak, bencana alam dan pelbagai lagi masalah sosial. Jika kita tidak mempersiapkan diri kita dengan keadaan ini, takut takut kita terumbang ambing dan menghadapi masalah yang lebih besar.
Dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar disebabkan banyak
faktor, kita melihat banyak trend melibatkan suami dan isteri bekerja untuk
menampung beban keluarga.
Jarang jarang sekali kita melihat isteri zaman sekarang
menjadi suri rumah sepenuh masa. Jika jadi suri rumah sepenuh masa sekalipun,
pasti ada sumber pendapatannya yang tersendiri seperti berniaga online, ambil
upah jaga anak jiran dan sebagainya. Sangat jarang isteri tidak memiliki sumber
pendapatannya.
Namun persoalannya, kaedah apakah yang paling sesuai?
1.
Suami isteri makan gaji?
2.
Suami isteri bekerja
sendiri?
3.
Suami makan gaji, isteri
bekerja sendiri?
Jom kita kupaskan dan lihat satu per satu apakah perbezaan
dari sudut kelebihan dan kekurangannya.
SUAMI ISTERI MAKAN GAJI
Antara kelebihan jika kedua dua suami isteri bekerja tetap
dan makan gaji ialah adanya jaminan pendapatan setiap bulan. Jadi mereka kurang
sedikit kegusaran apabila memikirkan status kewangan keluarga mereka.
Namun yang menjadi masalah di sini ialah jika kedua dua
mereka mempunyai masa yang terhad untuk anak anak. Kebiasaannya suami isteri
akan menghantar anak kecil mereka di pusat asuhan atau menghantar kepada
saudara mara mahupun jiran jiran yang sanggup mengambil upah menjaga anak kecil
itu.
SUAMI ISTERI BEKERJA SENDIRI
Jika suami dan isteri bekerja sendiri pula, memberi
kelebihan dari sudut masa Bersama keluarga. Malah anak anak yang sudah mula
bersekolah, mungkin boleh membantu ibu bapa mereka Ketika masa lapang untuk
menguruskan hal hal berkaitan kerja tersebut seperti membantu ibu bapa mereka
di gerai, membantu ibu bapa mereka membungkus barang barang bisnes online dan
sebagainya.
Tetapi kekurangannya di sini ialah bekerja sendiri ini ada
risikonya. Kita ambil contoh di musim pandemik ini, apabila berlaku lock down,
suami isteri yang memiliki gerai makan di luar terpaksa menutup operasi. Bisnes
sendiri tidak dapat lari daripada pelbagai risiko, malah pendapatan yang
diterima juga tidak tetap setiap bulan seperti orang makan gaji.
Pendapatan setiap bulan juga memerlukan usaha yang keras
daripada pengusaha pengusaha yang bekerja sendiri ini.
SUAMI MAKAN GAJI, ISTERI BEKERJA SENDIRI
Tidak kiralah sama ada suami atau isteri yang makan gaji,
tetapi salah seorang juga perlu untuk bekerja sendiri. Trend ini Nampak lebih
ideal dan stabil Ketika menghadapi zaman yang mencabar ini.
Makan gaji memberi kelebihan dari segi pendapatan yang tetap
dan tidak perlu gusar memikirkan bebanan kewangan yang melampau. Jika ada anak
kecil yang perlu dijaga, sekurang-kurangnya ada salah seorang yang bekerja
sendiri, baik suami atau isteri, yang boleh menjaga dan membesarkan anak
tersebut.
Bekerja sendiri sangat memberi kelebihan dari segi masa
Bersama anak anak dan membantu mereka dalam proses tumbesaran. Jadi adanya
salah seorang dari pada suami atau isteri yang bekerja sendiri adalah solusi
yang lebih ideal daripada kedua kedua mereka terus makan gaji atau bekerja
sendiri.
Selain itu, urusan peribadi yang lain juga lebih terurus
jika salah seorang daripada mereka tidak terikat dengan majikan dan masa di
tempat kerja. Sebagai contoh urusan pergi ke bank, pejabat pos dan pejabat
pejabat kerajaan yang lain.
Masa menjadi lebih fleksibel tanpa adanya tekanan untuk
menguruskan hal hal peribadi tersebut. Malah jika ingin pergi melancong, hanya
salah seorang daripada mereka perlu memohon cuti daripada majikan. Jika kedua
duanya bekerja, nak memohon cuti pada Tarikh yang serentak juga satu perkara
yang perlu difikirkan Panjang.
Akhir sekali, bekerja sendiri juga memberi kelebihan jika
perniagaan yang diusahakan itu menjadi maju, pendapat yang diterima juga
semakin meningkat dan kehidupan selepasnya juga menjadi lebih stabil. Dalam kes
sebegini, suami dan isteri boleh berganding bahu kerana perniagaan mereka
dilihat sudah mempunyai masa depan yang cerah.



Comments
Post a Comment