Memiliki hartanah merupakan impian bagi setiap orang, tidak kiralah bagi tujuan pelaburan atau mahu menetap sendiri. Tidak semua orang mampu untuk membeli hartanah dengan cash, melainkan anda seorang yang kaya raya. Rata rata akan meminjam dengan bank.
Namun untuk memohon pinjaman dengan bank, pinjaman perumahan
adalah satu satunya pinjaman yang agak strict untuk kita memohon. Kerana bank
akan memberi pinjam sejumlah besar dana dalam tempoh yang sangat lama,
kebiasaannya 30 tahun.
Jadi untuk meminjam dengan bank bagi membeli rumah, proses
yang ketat perlu dilalui oleh setiap bakal pemohon berdasarkan status kewangan
sedia ada. Bank hanya akan bagi pinjam kepada pemohon yang layak dan
berkemampuan untuk menjelaskan ansuran setiap bulan.
Jadi pelbagai dokumen perlu disediakan. Untuk mempercepatkan
permohonan anda diluluskan, anda perlulah memberi Kerjasama dengan menyediakan
dokumen dokumen yang secukupnya. Anda mudahkan urusan kerja pihak bank, Insha
Allah bank akan mudahkan urusan anda.
Berikut merupakan beberapa sebab dan punca mengapa bank
menolak permohonan pinjaman perumahan anda dan apa yang perlu anda lakukan bagi
mengelak daripada membuat kesilapan.
HUTANG TERLALU BANYAK
Bank tidak akan memberi pinjaman kepada mereka yang
mempunyai hutang terlalu banyak. Ini kerana bank tidak mahu mengambil risiko
dengan menganggap bahawa ada kemungkinan risiko untuk culas bab bayaran ansuran
bulanan sangatlah tinggi.
Hutang hutang seperti hutang kereta, hutang peribadi, hutang
kad kredit merupakan liability yang akan menjejaskan status kewangan anda. Jika
tidak perlu, lebih baik anda elakkan daripada menambah hutang hutang jahat ini.
Bank akan membuat kiraan berdasarkan Debt Services Ratio
(DSR). Anda boleh google tentang bagaimana cara untuk membuat kiraan DSR
menggunakan kalkulator. Kebiasaannya setiap bank mempunyai peratusan yang boleh
diterima DSR ini untuk meluluskan pinjaman.
REKOD CCRIS TERUK
Central Credit Reference Information System (CCRIS)
merupakan satu laporan yang disediakan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM)
bagi menunjukkan tabiat dan segala jenis hutang hutang yang pernah anda ada
dengan pihak bank.
Jika rekod CCRIS anda elok, maka mudahlah untuk bank
meluluskan pinjaman perumahan anda. Jika rekod CCRIS anda teruk, maka susahlah
untuk bank meluluskan permohonan pinjaman perumahan anda. Jadi bagaimana rekod
CCRIS anda diukur sama ada elok atau teruk?
Berdasarkan rekod sejarah pembayaran anda dengan pihak pihak
yang pernah anda meminjam terutamanya bank. Jika anda pernah ada tunggakan
ansuran kereta, kad kredit dan pinjaman peribadi, rekod CCRIS anda akan teruk.
Jangan dilupakan, pinjaman PTPTN turut tersenarai dalam laporan CCRIS anda.
Jadi bagi mengelakkan rekod anda tercemar, bayarlah setiap komitmen dengan
telus tanpa ada tunggakkan. Jika tidak mampu, lebih baik elak dari menambah
hutang hutang yang tidak perlu.
STATUS PEKERJAAN ANDA
Ada jenis jenis pekerjaan yang bank agak susah untuk
meluluskan permohonan pinjaman mereka. Ini kerana ada kemungkinan pekerjaan itu
tidak tetap dan berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan pasaran industri
tersebut yang tidak begitu baik.
Sebagai contoh, jika industri oil & gas mengalami
kemerosotan yang sangat teruk, ada kemungkinan pekerja dari industri ini akan
diberhentikan. Bank tidak mahu mengambil risiko untuk memberi kelulusan
permohonan pinjaman.
Pekerjaan yang jenis kontrak juga akan ditolak oleh pihak
bank kerana pekerjaan itu tidak tetap. Manakala bagi yang bekerja sendiri pula,
pelbagai dokumen tambahan perlu diberikan termasuk statement akaun bank selama
6 bulan dan lain lain dokumen sokongan bagi membuktikan aliran tunai sentiasa
ada.
KEADAAN RUMAH
Rumah yang anda bercadang untuk membeli juga turut dinilai
oleh pihak bank. Jika pemaju perumahan tersebut berada dalam senarai yang
pernah disenarai hitamkan kerana rekod yang buruk, bank tidak akan meluluskan
permohonan anda.
Lokasi yang turut disenarai hitamkan juga akan ditolak oleh
pihak bank. Sesetengah tempat yang disenarai hitamkan akan terdapat banyaknya
rumah lelong kerana lokasi yang tidak strategik dan tidak sesuai untuk membuat
sebarang pelaburan.
Terdapat banyak bank yang menyediakan kemudahan pinjaman
perumahan ini. Setiap satu mempunyai syarat tertentu. Lebih baik anda semak
Kembali dengan setiap bank syarat syarat permohonan.



Comments
Post a Comment