Kenapa anda perlu memiliki Bitcoin



Apakah itu bitcoin? Bitcoin adalah sebahagian daripada matawang digital (cryptocurrencies). Terdapat banyak matawang digital di luar sana selain bitcoin seperti Ethereum, binance coin, Litecoin, ripple dan sebagainya. Kesemua matawang digital selain bitcoin dikategorikan sebagai altcoin. Malah di luar sana terdapat beribu ribu jenis matawang digital.

Bitcoin dipercayai dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009. Dan saban tahun, harganya makin meningkat. Malah peningkatan bitcoin sangatlah luar biasa. Bayangkan jika anda melaburkan RM1000 ke dalam bitcoin pada 5 tahun yang lalu, hari ini pelaburan anda sudah mencapai RM140,000 lebih kurang. Namun, ramai yang masih skeptikal dengan bitcoin ini.

Namun akhir akhir ini, bitcoin telah menjadi hype di seluruh dunia. Ini termasuklah berita mengenai syarikat Tesla yang dipegang oleh Elon Musk, salah seorang orang terkaya di dunia, mengumumkan untuk melabur dalam bitcoin malah turut menerima bitcoin sebagai medium pembayaran kereta Tesla.

Tujuan utama dicipta bitcoin ini ialah untuk membebaskan pengguna matawang daripada dikawal selia oleh financial regulator seperti Bank Negara. Ini dinamakan decentralized. Manakala matawang negara kita dikawal selia oleh Bank Negara dan bersifat centralized.

Disebabkan pengeluaran bitcoin tiada kawal selia oleh mana mana badan autoriti, maka proses pengeluarannya melalui satu proses yang unik iaitu bitcoin mining yang dijalankan oleh individu individu mahupun syarikat syarikat menggunakan mesin melombong bitcoin atau graphic card computer.

Proses untuk melombong bitcoin sangatlah teknikal dan tidak semua orang mampu untuk melibatkan diri dalam aktiviti perlombongan ini kerana memerlukan kos yang sangat tinggi dan pengetahuan teknikal yang cukup luas dalam pemasangan komponen komponen komputer.



Kos elektrik juga turut melambung kerana aktiviti melombong ini berlangsung setiap masa selama 24 jam sehari dan memerlukan kuasa yang sangat banyak. Pelombong perlu menyesuaikan antara kos elektrik dengan berapa pulangan dalam bentuk bitcoin yang berbaloi.

Namun anda juga turut perlu berhati hati dengan mana mana individua tau syarikat yang menawarkan pelaburan cepat kaya, jadi jutawan dengan bitcoin dan sebagainya tanpa memiliki sijil pentauliahan khas daripada badan berautoriti pelaburan.

Antara platform yang boleh dipercayai untuk mula melabur dalam bitcoin ialah dengan menggunakan platform Luno. Jika anda mahu bermula untuk melabur menggunakan Luno, jangan lupa untuk menggunakan kod referral saya XKBF6G kerana anda akan menerika RM25 secara percuma untuk pendaftaran kali pertama.

Selain itu, pelaburan bitcoin juga turut dihukum harus oleh kebanyakan badan badan berautoriti islam kerana status matawang digital ini sama sahaja seperti komoditi komoditi yang lain seperti emas, perak, dan lain lain.

Bitcoin juga terhasil daripada teknologi blockchain yang merupakan rantaian maklumat yang tidak dikendalikan oleh mana mana pihak ketiga. Setiap maklumat yang tersimpan dalam teknologi blockchain ini sangat sukar untuk didedahkan kerana ianya encrypted dan mempunyai private key. Ianya lebih kurang seperti paypal, tetapi tidak melibatkan orang ketiga yang menguruskan transaksi ini, melainkan hanya antara pembayar dan penerima bitcoin itu sahaja. Segala rekod dan maklumat transaksi bitcoin di seluruh dunia berada di dalam rantaian blockchain ini dan tersimpan rapi.



Setakat ini, terdapat beberapa cara untuk anda menyimpan bitcoin. Sebagai contoh.

1.       Wallet hardware atau digital

2.       Perkhidmatan berasaskan web dan apps

3.       Bilik penyimpanan kebal seperti emas

Perkhidmatan apps Luno juga boleh dikatakan selamat kerana telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mengawal selia aktiviti kewangan, transaksi dan pelaburan di Malaysia.

Namun masih banyak juga yang perlu dikaji dan dipelajari berkenaan bitcoin ini. Walaupun usianya sudah melebihi 10 tahun, tapi boleh dikategorikan sebagai asset yang masih baru dan belum cukup diterima di seluruh dunia.

Cuma baru baru ini sahaja kelihatan beberapa badan berautoriti di seluruh dunia mula bercakap mengenai bitcoin dan kepentingannya. Tidak dinafikan teknologi matawang digital ini mempunyai banyak kebaikan dek kerana inovasinya dalam era baru ini.

Kita sebagai seorang pelabur yang bijak, perkara asas untuk diketengahkan sebelum melabur dalam mana mana medium pelaburan ialah dengan menuntut ilmu secukupnya.

 

Comments