Anda mahu menabung atau sudah mula menabung? Di mana anda menabung? Adakah menggunakan tabung tin biskut di rumah? Atau menabung di bank? Mungkin ada sesetengah antara kita yang menabung di Tabung Haji dan ASB. Tapi tahukah anda, ada satu lagi instrumen yang boleh kita pertimbangkan untuk menabung.
Anda boleh mula menabung di SSPN. Apa itu SSPN? Ianya
merujuk kepada Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang merupakan satu instrument
simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).
Dalam hal ini, PTPTN akan mengendalikan wang kita dengan
patuh Syariah berkonsepkan Wakalah Bil Istithmar. Tambahan pula, semua bakal
peminjam PTPTN sekarang diwajibkan untuk membuka akaun SSPN-i dengan PTPTN
sebelum mula meminjam.
Pembukaan akaun ini boleh dilakukan di cawangan cawangan
bank seperti Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank.
Terdapat dua akaun yang boleh anda buka iaitu SSPN-i dan
SSPN-i Plus. Apakah perbezaan antara kedua dua akaun ini ?
Bezanya ialah SSPN-i Plus hadir dengan penambah baikan di
mana para penyimpan akan dilindungi di bawah skim perlindungan takaful
komprehensif yang berbaloi. Tambahan pula, akaun ini menggunakan konsep
simpanan secara bulanan dan semua bergantung dengan pakej yang kita ambil.
Terdapat beberapa pelan simpanan yang disediakan antaranya
ialah pelan Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam dan Berlian. Setiap satunya
mempunyai komitmen bulanan yang berbeza dan pastikan perlindungan takaful yang
berbeza. Anda boleh semak di laman web PTPTN.
Yang pasti anda mestilah seorang warganegara Malaysia yang
berumur 18 tahun sehingga 64 tahun untuk menjadi pendeposit. Bagi penerima
manfaat pula iaitu anak, perlulah berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun.
Terdapat banyak kelebihan jika anda membuka akaun SSPN-i
dengan PTPTN ini, antaranya ialah anda akan mendapat pelepasan taksiran cukai
pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa dengan kadar sehingga RM 8000
setahun. Boleh tahan kan?
Selain itu, bagi mana mana pemilik akaun yang mempunyai
simpanan sekurang kurangnya RM 1000 akan dilindungi oleh skim takaful secara
percuma. Berbaloi baloi!
Antara perlindungan yang diberi termasuklah manfaat kematian
atau ilat kekal dan juga khairat kematian bagi pendeposit berumur 18 sehingga
65.
Bagi pemilik akaun SSPN-i Plus yang berdaftar di bawah pelan
pelan yang disediakan, akan dilindungi dengan skim perlindungan takaful yang
lebih komprehensif dan menyeluruh.
Antara perlindungannya ialah kematian, ilat kekal dan
menyeluruh disebabkan kemalangan atau biasa, ilat kekal dan sebahagian, 36
penyakit kritikal yang disenaraikan oleh skim, elaun kemasukan ke hospital
mengikut hari, khairat kematian bagi pendeposit termasuk isteri pertama dan
juga anak.
Selain itu, pemilik akaun bakal memperoleh geran sepadan
sehingga RM 10 000 untuk sebuah keluarga berdasarkan kelayakan gaji di bawah RM
4000 sebulan apabila anak mendaftar ke IPT. Semua syarat syarat boleh disemak
di laman web PTPTN.
Selain itu juga, simpanan SSPN ini turut menyediakan dividen
yang berpatutan dan segala dividen yang diperoleh dikecualikan daripada cukai
pendapatan. Best kan?
Anda boleh hadir ke mana mana cawangan PTPTN di seluruh
negara dan ada banyak ejen ejen SSPN-i berdaftar yang boleh anda rujuk.
Terdapat banyak cara untuk anda menyimpan di akaun ini,
antaranya ialah boleh menggunakan laman web online SSPN-i, melalui potongan
gaji awam dan swasta, direct debit, auto debit bank, perbankan internet seperti
maybank2u dan cimb click, JomPay, kaunter PTPTN, epay, shopee, kiplepay,
BESTPay dan KelantanPAY.
Begitulah banyaknya kelebihan dan keistimewaan yang bakal
diperoleh oleh pendeposit akaun SSPN-i Plus ini. Selain daripada anda boleh
menyimpan, anda juga turut boleh mencarum skim perlindungan takaful yang
disediakan oleh pihak PTPTN ini.
Jadi anda tidak perlu risau lagi dengan status kesihatan
kewangan anda kerana anda mendapat perlindungan kewangan yang komprehensif. Kos
perubatan bukanlah murah, tapi tinggi pula tu. Buat pilihan yang bijak dan
jadilah pengguna yang bijak. Jadilah seorang yang celik kewangan dan tingkatkan
ekonomi keluarga anda. Tanpa anda, siapalah mereka.



Comments
Post a Comment