Pelaburan saham boleh menjanjikan keuntungan yang lumayan jika kita memilih syarikat syarikat yang berpotensi dengan model bisnes yang bagus berdasarkan analisis fundamental yang kukuh dan teknikal nya. Namun saham juga boleh memberi kerugian yang besar jika kita membuat Tindakan yang membabi buta.
Disebabkan itulah pentingnya ada ilmu saham yang kukuh. Yang
paling dititik beratkan sekali ialah wajib menggunakan hanya wang tunai lebihan
sahaja untuk melabur ke dalam saham. Jangan sesekali berhutang untuk melabur
saham. Lebih parah lagi, berhutang dengan bank.
Jika saham kita mengalami kerugian, bagaimana kita nak
membayar komitmen dengan bank? Malah boleh membawa kepada muflis dan perkara
ini sangatlah membahayakan dan merisaukan kita. Oleh itu, melabur dengan hanya
menggunakan wang tunai lebihan sahaja yang tidak digunakan untuk apa apa.
Bagaimana pula dengan modal? Adakah melabur saham ini
memerlukan modal yang besar? Tahukah anda, kita boleh melabur saham dengan
modal yang kecil sahaja.
Di US, hanya memerlukan sekurang kurangnya pembelian 1 unit
saham sahaja. Jika harga sesebuah saham di US hanya $50 seunit, maka modal kita
hanya minimum $50 sahaja.
Jika anda mahu mengumpul wang tunai yang secukupnya untuk
mula melabur saham, pastikan anda ada target berapa yang anda mahu simpan dan
bila mahu capai. Pastikan pelan perancangan dibuat dan disiplinkan diri untuk
membuat rekod kewangan kendiri.
Mula menabung hari ini. Semakin lama anda bermula menabung,
semakin lambat untuk anda mencapai matlamat anda. Dan semakin lambat untuk anda
mula melabur dalam saham. Lebihan wang tunai yang tidak digunakan pastikan
disimpan di dalam tabung khas dan jangan digunakan.
Berbelanjalah ikut kemampuan, berjimat cermat dan jangan
boros. Jika anda ada keinginan untuk membeli sesuatu, tunggulah sekurang
kurangnya 24 jam. Kerana boleh jadi nafsu untuk membeli barang tersebut hilang.
Berbelanjalah juga mengikut senarai yang telah anda tetapkan sebelum datang ke
mana mana pusat membeli belah. Jangan berbelanja selain daripada itu. Membawa
tunai yang sedikit juga sangat membantu dalam proses ini.
Jika anda memperoleh sesuatu bonus atau durian runtuh,
simpan sahaja bagi mempercepatkan matlamat tabung anda. Jauhilah hutang hutang
tambahan yang tidak perlu, tabiat tabiat tidak elok seperti makan makanan tidak
sihat yang membawa kepada pembaziran wang dan macam macam lagi.
Dengan semua disiplin yang telah disebutkan di atas, maka
matlamat anda untuk mempunyai modal membeli saham juga mudah untuk dicapai.
Apabila anda sudah ada wang tunai yang secukupnya untuk melabur saham, apakah
Tindakan yang seterusnya?
Kemudian, kita perlu membuat analisis yang menyeluruh
terhadap sesebuah syarikat. Ini dinamakan analisis fundamental. Kita mengkaji
model bisnes sesebuah syarikat tersebut, siapakah disebalik staf staf korporat,
berita berita dan laporan laporan kewangan dan untung rugi syarikat dan macam
macam lagi.
Dalam pelaburan saham, keputusan adalah di tangan kita. Buat
keputusan berdasarkan analisis kita dan jangan dengar kata orang. Jika kita ingin
meminta pendapat orang sekalipun, biarlah dari mereka yang professional dan
bertauliah dalam pelaburan saham. Selebihnya ikut keputusan dan analisis kita
sendiri.
Ini kerana untung dan rugi sesuatu pelaburan saham adalah
untuk kita juga. Bayangkan anda ikut nasihat rakan anda berkenaan sesuatu
saham, tetapi saham tersebut membuat kerugian pula. Pasti anda tak mengaku
kawan pula hamba Allah tu.
Selain itu, anda perlu membuat pelan pelaburan anda.
Tetapkan berapa kadar keuntungan yang anda mahu capai dalam tempoh sebulan atau
setahun. Sebagai contoh 10% sebulan atau 20% setahun, semua anda tetapkan.
Dengan ada pelan perancangan tersebut, anda akan lebih berdisiplin dan tidak
membuat keputusan di luar kawalan emosi.
Jangan lupa juga untuk menuntut ilmu daripada mereka yang
pakar dan bertauliah. Banyakkan menghadiri seminar, kelas, membeli buku dan
pelbagai medium untuk menuntut ilmu. Ingat, melabur untuk pembangunan diri
sendiri jauh lebih penting, berharga dan bernilai berbanding mana mana jenis
pelaburan yang ada di dunia ini. Kerana ilmu yang anda peroleh sangat berharga
dan berguna untuk anda seumur hidup.



Comments
Post a Comment