Ketika pandemik melanda di seluruh dunia, perintah kawalan pergerakan atau lockdown turut dikuat kuasakan dan menjejaskan banyak sektor ekonomi. Masyarakat pula ramai yang terjejas teruk apabila terpaksa diberhentikan kerja dek kerana syarikat tidak mampu untuk membayar gaji mereka.
Atas sebab inilah, ramai yang mengambil inisiatif untuk
mencari pendapatan sendiri. Ada antara kita yang bekerja dengan foodpanda dan
grab food atau grab driver. Tidak kurang juga ada yang berniaga. Tidak kiralah
apa jua yang anda lakukan, semuanya mempunyai niat yang sama iaitu untuk
menyara diri dan keluarga seisi rumah.
Ada beberapa idea untuk membuat duit atau pendapatan dari
rumah yang boleh dijalankan secara online sahaja. Berikut saya kongsikan
beberapa idea yang biasa orang aplikasikan.
DROPSHIP
Ini model perniagaan yang paling mudah dan efisien. Ini
kerana anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak dan tidak perlu menyimpan
stok. Jadi risiko anda untuk rugi pula sangatlah kurang. Bagaimana model bisnes
ini beroperasi?
Konsepnya ialah adanya peniaga lain yang mahu memasarkan
produk mereka dan memiliki banyak stok dalam tangan. Mereka juga memerlukan
beberapa peniaga untuk membantu mereka memasarkan produk tersebut. Jadi peniaga
ini membuka peluang agen dropship. Semua urusan pengeposan akan diuruskan oleh
pihak peniaga tersebut.
Tugas anda hanya perlu buat iklan dan cari pelanggan yang
mahu membeli produk tersebut. Anda akan menerima sama ada komisien atau anda
mark up sendiri harga selepas peniaga tersebut memberi anda harga diskaun
sebagai agen dropship.
JUAL BARANG TERPAKAI
Anda biasa buka laman web atau apps mudah? Dalam laman
tersebut, begitu banyak barang terpakai yang anda boleh shopping atau window
shopping sahaja. Mungkin anda boleh semak Kembali ruang di dalam rumah anda.
Mungkin anda akan jumpa begitu banyaknya barang barang yang tidak dipakai lagi.
Kalau nak buang, sayang pula. Apa kata jual dalam laman mudah atau mana mana
platform.
Sekurang kurangnya ada lah sedikit duit yang anda dapat
bukan? Daripada tiada apa apa. Atau mungkin anda boleh membeli barang barang
terpakai ini, dan anda tambah baik semula sama ada melakukan pengecatan semula,
tambah spare part yang lebih kemas dan sebagainya. Kemudian jual semula dengan
harga yang lebih tinggi.
MENULIS BLOG
Tahukah anda, anda boleh buat duit dengan hanya menulis
sahaja. Buka Microsoft word, tulis tulis tulis, dan anda upload dalam blog.
Dapat duit! Senang ? tak juga. Untuk menceburkan diri dalam dunia menulis blog
ini tidaklah semudah itu dan tidak lah juga begitu sukar.
Yang penting anda komited, ingin belajar dan berusaha.
Bagaimana dengan menulis dalam blog ini boleh menjana duit? Ada banyak cara.
Antaranya dengan google adsense. Anda terlebih dahulu perlu memohon untuk
membuka akaun google adsense. Kemudian ada beberapa syarat tertentu yang telah
ditetapkan oleh pihak google adsense.
Kemudian mereka akan letakkan iklan dalam blog anda. Iklan
tersebut akan dilihat oleh para pembaca blog anda. Selain itu juga, anda boleh
meletakkan affiliate link dalam penulisan anda dan terima komisien daripada
pihak yang menyediakan affiliate tersebut.
Anda juga turut boleh menjual produk anda sama ada produk
sendiri atau produk orang lain dalam bentuk dropship. Asalkan blog anda
mempunyai audien yang cukup dan anda mengambil kesempatan dengan traffic yang
tinggi tersebut dengan mempromosikan produk produk sekian sekian.
Selain itu, ada juga syarikat syarikat yang berminat untuk
meletakkan iklan mereka di dalam blog anda. Dengan kata lain, anda menyediakan
ruangan sewa iklan. Atau mungkin syarikat syarikat ini mahu anda membuat review
produk produk mereka dengan menulis berkenaan ciri ciri dan kelebihan kelebihan
produk produk ini. Ini dinamakan paid review atau sponsored post.
Jika blog anda popular, mungkin harga yang anda tetapkan
juga akan tinggi. Secara tak langsung, pendapatan anda melalui blog juga akan
bertambah. Tidak hairanlah ada yang menjadi penulis blog secara sepenuh masa
dan komited dengan kerjaya mereka kerana bidang ini sangat menjanjikan hasil.



Comments
Post a Comment