Bila waktu terbaik untuk beli rumah



Memiliki rumah idaman merupakan matlamat setiap daripada kita. Istilah rumahku syurgaku tidak akan terpakai jika rumah yang kita bakal miliki mempunyai banyak masalah terutamanya memberi benanan kepada kewangan kita di kemudian hari.

Jadi pentingnya untuk anda merancang dari awal sebelum memiliki rumah terutamanya status kesihatan kewangan anda dan rumah yang sesuai dan berbaloi untuk anda.

Ada beberapa jenis rumah yang perlu anda beri pertimbangan seperti rumah under construction, rumah subsale, rumah lelong dan sebagainya.

Setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya. Tugas anda ialah melakukan kaji selidik dan tambah ilmu berkaitan hartanah.



TAMBAH ILMU

Memiliki hartanah pertama bukanlah seperti memiliki kereta pertama. Membeli kereta mungkin mudah dilakukan dan diluluskan di bank. Tetapi memiliki rumah merupakan satu proses yang Panjang dan belum tentu bank mahu meluluskan pinjaman yang anda mohon.

Jadi di sini pentingnya anda menuntut dan menambah ilmu yang sepatutnya berkaitan dengan hartanah. Setiap rumah ada ragamnya, kebaikan dan kekurangannya.

Antara faktor yang diberi perhatian ialah harga, lokasi, kemudahan di sekeliling, persekitaran, kejiranan dan sebagainya. Mendapatkan rumah yang ideal sangat penting bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

Ini kerana memiliki hartanah merupakan satu pelaburan yang besar. Rumah kini harganya bukanlah murah seperti zaman mak ayah datuk nenek kita. Saban tahun, harganya kian meningkat. Rumah rumah kos tinggi pula semakin bertambah dan lambakan rumah mewah yang tidak terjual pula memberi tamparan hebat kepada industri hartanah.

RUMAH PERTAMA IALAH PELABURAN

Antara yang selalu disarankan oleh pakar pakar pelaburan hartanah ialah memiliki rumah pertama untuk tujuan pelaburan, bukan untuk tujuan didiami.

Ini kerana jika kita membeli rumah pertama bagi tujuan tinggal sendiri, ada kemungkinan kita akan berpindah kerana status pekerjaan kita yang masih berubah ubah.

Memiliki rumah pertama sebagai tujuan pelaburan dan diberi sewa merupakan Langkah yang ideal kerana secara tidak langsung, memberi kita lebihan pendapatan hasil daripada sewa tersebut.

Saban tahun juga, hartanah yang betul akan meningkat harganya dan ini memberi pulangan kepada pelaburan kita ke dalam hartanah tersebut. Malah untung tersebut juga boleh kita gunakan untuk membayar deposit rumah kedua dan ketiga di masa akan datang.

Ini merupakan strategi yang sangat baik, tetapi seperti yang disebut pada poin yang pertama, ilmu adalah yang pertama untuk anda tuntut sebelum terjun dan praktikal ke dalam alam hartanah. Kerana ramai juga yang melakukan kesilapan dan membuat kerugian dalam hartanah.

Bagi mengelak anda juga melakukan kesilapan yang sama, belajarlah daripada kesilapan kesilapan mereka dengan banyak menuntut ilmu dan menyertai seminar seminar hartanah yang banyak memberi anda ilmu baru dan pendedahan berkaitan alam hartanah.



URUS KEWANGAN DAN PENDAPATAN ANDA

Sebelum anda nak memiliki hartanah sendiri, perkara yang paling asas ialah mempersiapkan diri dengan asas kewangan yang kukuh terlebih dahulu.

Jika status kewangan kita pun belum sihat, membeli rumah pula selepas itu merupakan Langkah yang kurang bijak. Bank juga tidak mahu beri kelulusan pinjaman jika kita banyak hutang dan ada beberapa tunggakan hutang hutang yang lain.

Pastikan anda celik kewangan dan mempunyai pelan strategik bagi mengurus kewangan anda yang lebih stabil dan lebih efisien.

Selain itu, boleh fokuskan kepada penambahan sumber pendapatan bagi memberi status kewangan anda lebih stabil dan sihat. Terdapat banyak cara untuk menambah pendapatan termasuklah bisnes online, kerja part time, grab, foodpanda, freelance dan sebagainya.

Tepuk dada dan tanya selera. Ukur badan di baju sendiri. Semua atas pilihan dan usaha kita. Jika kita berusaha keras, hasilnya pasti lumayan.

Jadi boleh disimpulkan, tiada waktu yang terbaik dan tepat untuk bila membeli hartanah. Kerana jawapannya berbeza bagi setiap orang.

Namun selamat untuk dikatakan bahawa apabila anda memiliki asas asas yang lengkap dalam ilmu pelaburan hartanah dan status kewangan anda yang sihat dan cukup terjaga, itu merupakan waktu yang cukup sesuai untuk anda memiliki dan membeli hartanah yang pertama..

Comments