Apa itu saham, kenapa anda wajib belajar saham



Tak hensem tak apa, janji kaya. Macam pernah dengar tagline n ikan? Apakah benar saham boleh buatkan kita jadi kaya? Sebelum itu, jom kita kenal apakah yang dimaksudkan dengan saham dan konsep asas disebaliknya.

Saham merupakan perkongsian hak milik dalam sesebuah syarikat. Contohnya jika saya membeli saham Nestle, ini bermakna saya memegang sebahagian hak pemilikan dalam syarikat Nestle. Untung rugi syarikat juga saya akan peroleh.

Ramai juga yang salah sangka dengan mengatakan saham seperti Forex trading, skim cepat kaya mahupun MLM. Ini jauh sekali tidak benar dan sangat jauh besanya. Saham melibatkan pemilikan kita di dalam sesuatu bisnes syarikat. Saham juga turut dikenali sebagai ekuiti.

Di Malaysia, saham di dagangkan di Bursa Malaysia. Jika di US, saham di dagangkan di New York Stock Exchange (NYSE), NASDAQ, S&P 500 dan lain lain. Di Indonesia pula saham di dagangkan di Indonesia Stock Exchange (IDX).

Pelabur kecil seperti kita dikenali sebagai pelabur runcit dan kita boleh membeli lot saham dalam jumlah yang kecil mahupun besar bergantung kepada modal kita. Pelabur pelabur besar melibatkan institusi seperti PNB, Tabung Haji, Khazanah, dan lain lain.

Membeli saham lebih mudah dicairkan dalam bentuk tunai kerana perdagangannya sentiasa berjalan sepanjang waktu stock exchange dibuka. Jika asset seperti hartanah, mengambil masa yang lama untuk dicairkan kerana banyak proses yang terlibat dalam proses jual beli rumah.

Pelabur boleh menjual sahamnya bila bila masa dan di mana jual. Zaman sekarang, dengan teknologi internet, jual beli saham boleh dilakukan online sahaja tanpa melalui telefon remisier seperti zaman dahulu. Hanya perlu internet, broker dan platform untuk trading.

Saham juga boleh dijual beli secara part time mahupun full time. Kerana kitab oleh gunakan masa lapang Ketika habis bekerja untuk mengkaji saham saham yang berpotensi untuk dilaburkan. Kebiasaannya syarikat syarikat yang mempunyai asas fundamental yang kukuh dan mempunyai model bisnes yang bagus layak untuk dipertimbangkan dalam pemilihan saham.

Jumlah keuntungan juga tiada had, bergantung pada analisis kita. Ada saham yang boleh menjana 20% setahun, 50% malah 100% keuntungan pun ada. Dengan ilmu yang cukup, kita bebas untuk jual dan beli ikut pilihan kita hasil daripada analisis kita terhadap sesuatu syarikat.

Apa yang menarik lagi, di Malaysia sendiri, saham tidak perlu dicukaikan. Malah keuntungan saham juga boleh dizakatkan.



Proses untuk melabur di stock exchange sangatlah mudah. Anda hanya perlu melalui broker dan remisier sahaja. Apakah itu broker? Broker ialah syarikat yang menyediakan kemudahan pelaburan. Manakala remisier ialah orang tengah yang berlesen dan bertauliah antara broker dan pelabur.

Bagi yang muslim, jangan lupa untuk memilih syarikat syarikat yang patuh Syariah sahaja. Semua status patuh Syariah ini boleh disemak di laman web badan berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti.

Hari ini, terdapat terlalu banyak seminar seminar, kelas kelas, buku buku malah pembelajaran saham juga ada yang secara percuma sahaja di online. Hanya perlukan kerajinan sahaja untuk mempelajari ilmu saham kerana untuk belajar saham, banyak perkara yang perlu diambil kira kerana kita menganalisis sesebuah syarikat. Dan melibatkan banyak pilihan syarikat di luar sana yang berpotensi.



Jadi sebelum anda melabur dalam saham, lebih baik anda melabur dalam ilmu terlebih dahulu. Kerana ilmu yang anda peroleh, inshaAllah berkekalan untuk seumur hidup.

Dengan ilmu saham yang diperoleh, anda boleh melabur dalam mana mana saham di stock exchange di seluruh dunia. Bayangkan sahaja anda menjadi sebahagian pemilik syarikat besar di dunia seperti Apple, Facebook, Amazon, Coca Cola, Netflix dan sebagainya. Malah semua ini produk yang kita sendiri guna. Daripada kita menjadi seorang pengguna, apa kata kita menjadi sebahagian pemilik syarikatnya pula. Dengan hanya melabur ke dalam saham syarikat syarikat ini.

Jadilah seorang pelabur yang bijak dengan melabur ke dalam ilmu dan untuk diri anda sendiri. Pelaburan untuk diri sendiri ialah pelaburan yang terbaik dan bermakna sekali.

Comments