Setiap orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Ada antara kita yang mempunyai matlamat untuk bersara sebelum berumur 40. Lazimnya masyarakat akan bersara pada umur 55 hingga 60 tahun. Bersara awal berikan banyak kelebihan terutamanya kita masih muda dan bertenaga untuk lakukan apa-apa perkara.
Untuk mencapai matlamat kewangan masing-masing, perkara
wajib yang kita perlu lakukan ialah melakukan simpanan. Namun tidak ramai
masyarakat yang memiliki simpanan yang cukup. Ini terbit hasil daripada
kurangnya pengetahuan dalam kewangan.
Di sini saya sediakan 5 jenis tabung simpanan yang anda
wajib ada jika anda mahu bebas kewangan atau menjadi kaya.
TABUNG KECEMASAN
Anda perlu memiliki tabung untuk hal-hal yang berkaitan
kecemasan. Fokus untuk memiliki tabung kecemasan terlebih dahulu sebelum
memikirkan tabung tabung yang lain.
Berapa yang anda perlu simpan untuk tabung kecemasan ini?
Selamat untuk dikatakan anda perlu memiliki
sekurang-kurangnya 3 bulan gaji untuk tabung ini. Ini bermakna jika gaji anda
RM2000, anda perlu memiliki RM6000 untuk tabung kecemasan ini.
Jangan usik tabung ini apabila sudah ada simpanan sebanyak
RM6000 kecuali hal-hal yang berlaku kecemasan sahaja. Disiplin itu penting.
TABUNG PERUBATAN
Anda wajib mengambil caruman perlindungan takaful sebagai
tabung perubatan anda. Terdapat banyak pelan perlindungan perubatan di luar
sana yang ditawarkan. Sebagai rule of thumb, anda perlu memiliki caruman
sebanyak 5% hingga 10% caruman daripada jumlah gaji anda.
Sebagai contoh, bagi kes gaji RM2000 tadi, jadi jumlah
caruman setiap bulan untuk tabung perubatan ini ialah sekitar, RM150 hingga
RM200 sahaja.
Tabung perubatan ini penting supaya anda mendapat
perlindungan yang sewajarnya daripada anda menghabiskan duit gaji anda dek
kerana tingginya kos perubatan zaman sekarang.
TABUNG PELABURAN
Cuba anda tanya diri anda, jika anda memiliki RM10,000
sekarang, adakah 10 tahun akan datang, RM10,000 itu masih nilai yang sama atau
boleh berkurang?
Jika boleh dibuat analogi, kenapa nasi lemak yang berharga
RM1 pada 10 tahun lepas kini sudah mencecah RM2?
Jika zaman dulu RM50 itu boleh penuh satu troli, sekarang
paling kurang RM100 untuk satu troli. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah
INFLASI.
Setiap negara di dunia ini tidak dapat lari daripada inflasi.
Duit kertas kita ini tidak tetap nilainya dan boleh berubah di masa akan
datang.
Jadi cara yang paling selamat ialah menukarkan tunai anda
kepada asset.
Ada pelbagai medium pelaburan yang anda boleh tukarkan tunai
anda kepada asset. Sebagai contoh, hartanah, emas, bond, sukuk, saham, unit
trust dan banyak lagi.
Yang paling penting ialah anda kaji dan tuntut ilmu sebanyak
mungkin terlebih dahulu. Jangan laburkan duit anda pada pelaburan yang
mencurigakan terutamanya skim cepat kaya dan skim MLM.
TABUNG RUMAH
Memiliki rumah impian merupakan matlamat setiap orang.
Tetapi zaman bertukar zaman, harga rumah kini kian meningkat. Setiap rumah yang
dibeli juga perlu dikeluarkan beberapa kos terutamanya deposit rumah.
Deposit rumah sangatlah tinggi, jadi mula menyimpan sekarang
adalah jawapan yang tepat untuk anda memiliki rumah di masa akan datang.
Sediakan tabung untuk anda simpan jumlah deposit rumah.
Deposit rumah juga bergantung dengan harga rumah. Pastikan anda membeli rumah
yang berbaloi dan mengikut kemampuan anda. Rumah ialah tempat yang anda selesa
menetap dari segi suasananya dan bebanan hutangnya. Pastikan anda selesa untuk
membayar ansuran bulanannya.
TABUNG REWARD DIRI
Tabung ini dinamakan reward diri kerana anda perlu untuk
hadiahkan diri anda kerana berpenat Lelah bekerja siang malam untuk mengumpul
duit dan menyara diri dan keluarga anda.
Antara beberapa perkara yang boleh anda hadiahkan diri dan
keluarga anda ialah pergi melancong, membeli belah, makan di tempat yang mewah
sekali sekala dan sebagainya.
Manusia bukanlah robot yang tidak perlu kepada hiburan.
Namun hiburan yang berpada pada dan sekali sekala dapat menyelamatkan anda
daripada terbelenggu dengan masalah kewangan.
Anda perlu memikirkan kesihatan diri anda juga disamping memikirkan
kesihatan kewangan anda supaya hidup anda Bahagia dan stabil.


Comments
Post a Comment