5 Kelebihan pelaburan hartanah. Strategi jadi jutawan



Betul ke boleh jadi jutawan dengan pelaburan hartanah? Ada dua jawapan, boleh dan tidak. Jika anda menggunakan strategi yang betul, anda akan mencapai matlamat anda untuk menjadi jutawan hartanah. Namun tanpa ilmu yang betul, jika main langgar sahaja, bukan setakat tak boleh jadi jutawan, malah anda boleh muflis lagi.

Ramai yang sudah buktikan bahawa hartanah boleh membuatkan mereka kaya. Namun ada juga beberapa kes di mana ramai yang kecundang kerana hartanah. Di luar sana terdapat banyak seminar dan kelas yang diajar oleh pakar pakar hartanah. Buku buku pun banyak di pasaran. Yang penting anda laburkan untuk ilmu dahulu sebelum melabur ke dalam hartanah.

Untuk artikel kali ini, admin nak berkongsi beberapa kelebihan melabur dalam hartanah yang menjadi kegilaan ramai orang di luar sana.

BENTENG KEPADA INFLASI

Apa itu inflasi. Jika dahulu RM50 boleh penuh satu troli pasar raya, hari ini? Belum tentu kan. Kuasa membeli makin berkurang. Inflasi wujud setiap tahun di seluruh dunia. Oleh itu, pelaburan lah satu satunya cara untuk anda menjadikan wang tunai anda kalis kepada inflasi.

Antara salah satu pelaburan yang tersebut ialah pelaburan hartanah. Yang penting pemilihan hartanah yang betul dan lokasi yang strategik akan memberi pulangan yang lumayan.

Ini kerana hartanah sebegini akan meningkat harganya pada masa hadapan. Ini pentingnya ilmu dan strategi anda dalam menganalisa jenis jenis hartanah yang sesuai untuk dibuat pelaburan.



PENDAPATAN PASIF HASIL SEWA

Siapa di sini suka berhutang? Tiada siapa suka. Tapi tahukah anda adanya istilah good debt. Maksudnya, anda berhutang, tetapi orang lain yang tolong bayarkan. Inilah satu cara untuk berhutang yang baik dan berbaloi. Lebih lebih lagi, tidak mengganggu status kesihatan kewangan anda.

Anda berhutang dengan bank untuk membeli hartanah. Setiap bulan ada beberapa jumlah ansuran yang perlu dibayar kepada bank. Namun jika anda menyewakan hartanah anda kepada mereka yang berminat untuk duduk di rumah itu, duit tersebut boleh digunakan untuk membayar komitmen dengan bank.

Lebih bijak lagi, anda caj lebih untuk dapatkan positive cashflow. Sebagai contoh, ansuran dengan bank sebanyak RM1200 sebulan, anda sewakan rumah anda dengan harga RM1400 sebulan. Bukan setakat hutang anda dengan bank orang sudah bayarkan, malah anda dapat untuk RM200 lagi hasil pendapatan sewa ini. Berbaloi kan?

CAGARAN KETIKA WAKTU KRITIKAL

Ketika pandemik melanda dunia, ramai yang menghadapi kesukaran dan waktu waktu genting. Ramai yang memerlukan wang tunai untuk kegunaan seharian. Anda pula tidak mahu menjual rumah anda. Jangan risau, anda boleh cagarkan gadaian dengan bank.

Bank sangat mengalu alukan cagaran daripada anda lebih lebih lagi hartanah yang sangat bernilai ini. Ada juga dalam kalangan kita yang mencagarkan emas yang pernah disimpan. Tepuk dada tanya selera, buat pilihan berdasarkan status semasa anda.



RENOVATE DAN NAIKKAN NILAI RUMAH

Tahukah anda, jika anda renovate rumah anda, nilainya akan semakin bertambah. Ya benar. Jika anda tidak pasti dengan nilai semasa rumah anda, anda boleh panggil pakar penilai hartanah untuk menilai berapa harga rumah anda lebih lebih lagi selepas buat renovation.

Mungkin anda berminat untuk tambah keluasan dapur, tambah bilik, buat rooftop, tambah perabot yang bernilai dan sebagainya. Kesemua ini akan dikira nilainya dan apabila anda sewakan atau jualnya, harganya akan melambung tinggi. Tapi pastikan anda buat kiraan yang betul dan berbaloi dengan kos yang anda guna untuk renovate rumah.

PERMINTAAN YANG TINGGI

Pasaran hartanah mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat di luar sana. Tidak kiralah mereka mahu membeli atau menyewa untuk duduk sahaja atau mereka mahu membeli untuk tujuan pelaburan. Tidak kurang juga, ada yang menyewa dan buat sublet.

Yang pasti, hartanah ini sentiasa ada permintaannya. Namun perlu dikaji juga, kadang kadang pasaran hartanah boleh merudum atas beberapa faktor terutama melibatkan ekonomi.

Dengan pemilihan rumah dan lokasi yang betul, rumah yang anda miliki pasti menjadi rebutan mereka yang berminat di luar sana.

Sebelum mula melabur dalam hartanah, pastikan anda melabur dalam ilmu terlebih dahulu, kerana melabur tanpa ilmu, anda menempah bahaya yang sangat besar.

Comments