Dalam dunia ini, terdapat dua jenis pendapatan utama. Yang pertama ialah pendapatan aktif dan yang kedua ialah pendapatan pasif. Apakah perbezaan antara kedua dua pendapatan ini? Jom kita lihat definisi dan kita kupas satu per satu.
Pendapatan aktif ialah pendapatan di mana anda bekerja makan
gaji. Anda bangun setiap pagi, pergi ke tempat kerja, menghadap traffic jam,
pulang pada sebelah petang dan ulang proses ini selama beberapa hari dalam
seminggu. Seminggu ada satu atau dua kali cuti. Setiap hujung bulan, anda
menanti duit gaji anda daripada majikan anda. Ini pendapatan aktif, di mana
anda berusaha keras untuk mendapatkannya setiap bulan.
Manakala pendapatan pasif pula ialah anda hanya melakukan
kerja sekali sahaja, dan selepas itu, duit itu yang akan bekerja untuk anda.
Menarik bukan? Jom kita tengok contoh contoh pendapatan pasif yang anda boleh
mulai sekarang dan mudah kerana boleh dilakukan online dan dari rumah sahaja.
JUAL GAMBAR
Anda pernah mendengar istilah stock photography? Anda tidak
perlu kamera DSLR atau kamera mahal mahal. Cukup sekadar menggunakan smartphone
sahaja. Betul ke boleh buat duit dengan jual gambar? Jawapannya ya boleh!
Ada dua platform yang paling popular iaitu shutterstock dan
istock. Anda boleh google dan tengok bagaimana untuk upload gambar dan dapatkan
duit. Kalau maintain buat hari hari, insha Allah hasilnya berbaloi juga.
YOUTUBE
Zaman sekarang ini, makin ramai pula youtuber baru yang
dilahirkan. Tahukah anda, kebanyakan youtuber youtuber ini boleh tahan tinggi
juga pendapatan mereka. Kerana mereka komited untuk menghasilkan konten dan
video mereka menarik perhatian ramai.
Youtube akan bayar kepada anda berdasarkan berapa jumlah
tontonan video anda dan berapa subscriber anda. Makin tinggi popularity video
anda, makin tinggi juga pendapatan anda.
Selain iklan, anda turut boleh menjual produk secara
dropship atau affiliate kepada para penonton anda. Yang penting anda bina
dahulu audience anda. Jika anda usaha keras, insha Allah hasilnya berbaloi
baloi.
JUAL EBOOK
Dengan zaman digital sekarang ini, ramai juga yang berminat
untuk membeli ebook berbanding buku fizikal kerana mudah untuk diperoleh, hanya
secara online sahaja dan isi kandungan bukunya juga boleh tahan menarik. Lebih
lebih lagi zaman gajet ini, orang suka membaca ebook melalui smartphone sahaja.
Untuk menghasilkan buku fizikal, perlu melalui banyak proses
dan mencetak dengan publisher. Manakala ebook pula, tiada cetakan diperlukan.
Mungkin anda boleh menulis dan publish dalam bentuk pdf dan jual sendiri atau
menggunakan platform klikjer yang lebih memudahkan urusan anda.
Kerana di klikjer, mereka ada beribu agen affiliate yang
bersedia untuk mempromosi ebook anda pada bila bila masa sahaja.
JUAL KURSUS
Bisnes jual kursus boleh dilakukan secara online sahaja
tanpa perlu anda menyewa dewan dan bercakap di depan ribuan orang. Ada beberapa
platform yang popular antaranya ialah Udemy dan Skillshare. Dengan menggunakan
platform ini, anda berpotensi untuk mencapai ribuan pengguna internet di
seluruh dunia yang dahagakan ilmu.
Jika anda mahir dalam memasak, bisnes, buat kek, design,
programming dan sebagainya, ini peluang anda. Anda hanya perlu merangka modul,
merakam video anda mengajar modul yang anda sediakan dan upload kesemua video
video anda ke dalam platform platform ini. Jika ramai yang berminat, mereka
akan membeli kursus dan belajar dengan anda.
MELABUR DALAM SAHAM
Ada dua jenis pendapatan yang anda boleh peroleh daripada
pelaburan saham. Yang pertama ialah capital gain di mana anda membeli saham
Ketika harganya murah, kemudian anda menjualnya semula pada harga mahal. Anda
memperoleh keuntungan hasil perbezaan harga rendah dan tinggi ini.
Cara kedua ialah dividen. Biasanya apabila sesebuah syarikat
mendapat keuntungan, mereka akan mengagihkan sebahagian pendapatan mereka
kepada para pelabur syarikat dalam bentuk dividen. Pastikan anda memilih
syarikat yang mempunyai model bisnes yang bagus, mempunyai asas fundamental
yang kukuh dan syarikat yang kewangannya sihat. Yang penting, ilmu nombor satu.
Pastikan anda melabur untuk ilmu terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam dunia
saham.



Comments
Post a Comment